CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 28, 2009

kerana Allah lebih menyayanginya..

Terjaga pada waktu subuh pagi tadi dengan handphone yg bkelip2. Oh, ade sms. Punat ditekan, mesej dibuka berbunyi,' Salam han. Ayah kak x (bukan nama sebenar) just passed away tadi. Doakan utk die ye,' diterima dari seorg sahabat. Innalillahi wainna ilaihirrajiuun.. Terasa luruh jantung dengan berita itu. Allah, ujianMu.. Begitu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Lumrah kehidupan, yang hidup pasti mati. Cepat atau lambat. Apabila sudah tiba masanya, tentu saja hamba itu akan kembali kepada Penciptanya. Tiada sesiapa yang boleh lari daripada hakikat itu.

Sahabat ini adalah seorang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Walaupun tidak sampai 3 tahun berkenalan, tapi dekatnya pada hati ini selayak sahabat yang sudah bersama seumur hidup. Apabila musibah menimpanya, tentu hati ini juga terasa pedihnya. Cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Lagipula, saya tahu bagaimana perasaan itu, kerana saya telah melaluinya sendiri. Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman. Mungkin situasi dan ujian yang datang bersamanya tidak sama, namun saya fikir saya tahu bagaimana perasaannya. Tapi, biarlah pemergian seorang ayah itu direlakan, dan diiringi doa seorg anak yg solehah. Itu sahaja yang mampu dilakukan sekarang buat membalas jasa ayah tercinta.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah, dan selalu untuk yang terbaik. Bersyukurlah, kerana ujian Allah yang datang tanda Dia sayang pada kita. Berbahagialah orang yang sentiasa dikunjungi oleh ujianNya, kerana dia bakalan berada lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Percayalah kepadaNya dan tidak perlu terlalu mengikut perasaan, Allah kan sentiasa ada bersama kita.

[Al-Fatihah buat Allahyarham Pakcik Ismail. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba2Nya yg soleh. Dan semoga keluarga Allahyarham tabah dan redha dengan ujian ini..]