CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 26, 2010

rindu

bismillahirrahmanirrahim..


mencatat lagi dari bumi dublin yang semakin dingin disapa angin laut irish. musim panas yang kian berlalu, memberi ruang kepada musim luruh. musim luruhku yang kelima di bumi asing ini, bumi yang menyaksikan sejarah pahit manis hidupku lewat 5 tahun ini, dan bumi yang banyak mematangkan aku sebagai seorang manusia yang layak digelar manusia.

sepanjang 5 tahun ini, terlalu banyak yang aku tempuh. waktu suka dan duka, bahagia dan derita. 5 tahun sebagai anak rantau. manusia datang dan pergi, musim silih berganti, namun aku tetap setia di sini. kesetiaan yang acap kali goyah ditiup angin kerinduan kepada kampung halaman.

keberadaanku di sini bukan dipaksa, namun atas kehendakku sendiri. kadangkala aku meragui keputusan itu, namun aku yakin, semua ini ada hikmahnya. kerana segala ketentuanNya adalah yang terbaik. itu pegangan yang tak pernah aku lepaskan.

harapan dan doaku setiap hari, semoga kali ini adalah musim luruhku yang terakhir di sini. kerana hati telah terlalu lelah terpisah daripada yang tersayang. dan semoga tahun terakhir ini bakal mencatat kenangan-kenangan yang sangat indah dan paling manis dalam hidup.

ku mohon jua doa kalian, agar jarak dan perpisahan ini segera berakhir.


yang sentiasa dilanda kerinduan,
Siti Farhana Nor