saya bukan artis so please stop talking about me!
=.=
dari dulu saya pelik kenapa orang suka masuk port hal rumahtangga saya padahal saya bukan jenis suka menyibuk hal orang. kalau nak tahu jawapan sila tanya kepada yang empunya diri dan tak perlulah membuat andaian yang bukan-bukan kemudian tolong pulak menghebahkan cerita tipu tersebut. ikut hati nak je saya meng-confront sesiapa yang membawa cerita tapi dah pusing-pusing akhirnya tetap tak tahu di mana cerita bermula. kamu-kamu yang terlibat.. please. end this. saya penat. i'm settling down. tolong doakan yang terbaik.
perlukah saya mengeluarkan statement tentang kontroversi tersebut? tidak. kerana kalau saya buat statement lain, lain nanti bunyinya di hujung talian.
azam baru : from this moment on, this private person will go more private. malas nak cakap apape lagi andai akhirnya cerita-cerita tidak enak begini yang timbul. penat membela diri daripada apa pun saya tak tahu. nasib baik saya nak jadi doktor. kalau jadi artis tentu lebih penat lagi daripada sekarang. itulah hikmah saya jadi doktor.
akhir kata, marilah kita sama-sama muhasabah diri. pasti, berani kerana benar dan hanya Allah yang Maha Mengetahui, tapi kesian dekat orang tu kalau cerita tu bohong. nama baik serta reputasi mereka dan keluarga tentu terjejas.
sekian. maafkan diri ini yang sekadar melepas rasa hati.
yang penat berdrama dari jauh,
han
doctor-to-be yang dah rasa diri cam artis. kahkahkah

