CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 23, 2010

api dan angin

penat berusaha menyenangkan hati orang lain dan memenuhi harapan mereka, tapi kadang-kadang hasilnya belum cukup untuk memuaskan hati semua.

buntu. tak tahu nak buat macam mana lagi.

apabila menjadi diri sendiri umpama salah dan berdosa. lalu harus apa?

usaha yang kuat tapi bila tak dihargai, sangat menyedihkan. terutamanya apabila kita dibandingkan dengan orang lain yang sudah pasti jauh bumi dari langit. memang, belakang parang diasah lagikan tajam. tapi, antara kaca dan permata, tak kira sudut mana sekalipun kaca dipotong, kilauannya takkan bergemerlapan sehebat permata.

bukan nak merendah diri. tapi kadang-kadang rasa sangat helpless dan hopeless bila kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu, tapi mungkin hasilnya masih belum tercapai 100%, atau mungkin takkan tercapai sebegitu.

memang, usaha sangat penting dalam hidup. tapi natijahnya hanya pada tanganNya. sehebat mana kehendak, sekuat mana kita berusaha, namun jika tiada izinNya, takkan berlaku.

dua unsur yang bertentangan tidak semestinya saling memusuhi. seperti api dan angin. boleh jadi keduanya saling membinasakan, atau juga melengkapi. bergantung kepada cara kita berfikir dan menguruskannya. maraknya api dek tiupan angin bukan semestinya bala, dan terkawalnya api dengan hembusan angin bukan ertinya binasa. angin boleh memarakkan api dalam kesejukan dan kegelapan untuk memberi cahaya, haba dan perlindungan. tapi jika maraknya tidak terkawal, pastilah boleh membakar hutan. jika hembusan angin berlebihan, api juga boleh padam dan tertinggallah kita dalam kedinginan dan kegelapan.

terpulang. apabila semuanya telah dilakukan sedaya kudrat seorang manusia, natijahnya hanya terserah kepadaNya.

sangat penat dengan drama kehidupan sendiri. boleh buat filem. atau teater muzikal mungkin? bertema melankolik.

harus pandai memberi dan menerima. memang mudah bermadah, tapi realitinya, Tuhan saja yang tahu. terutamanya dalam keadaan begini.

semua orang berhak mendapatkan yang terbaik dalam hidup. tak kira siapa. tak kira apa..

cakap pun dah berterabur. petanda buah fikiran yang bersepai dek hentaman machine-guns of expectation, expectations and expectations.

akhir kata, saya hanya manusia biasa. izinkan saya untuk menjadi tak sempurna.

~headache. tak pasti sama ada kerana bahang mentari, ataupun kerana drama kehidupan yang tidak berkesudahan.


[andai 3 tahun ini belum mematangkan kita, adakah ini dugaan atau petanda?]


p/s: results osce n long-case obgyn dah kua. alhamdulillah. tahniah kepada semua. moga kita terus selamat 27jun nanti insyaAllah.