bismillahirrahmanirrahim..
finally muncul juga perkataan perkataan di sini after a few hours of debating whether or not i should blog. it has been quite a while kan. all 6 weeks of paeds yg depressing and even more so towards the end. now doing psychiatry yang agak membahagiakan (except for the long and hateful non-productive hours), bersama depression paeds yg masih bersisa.
paeds. long hours. intense. makin dekat nak exam makin la memeningkan. berebut patients dgn colleagues sendiri. kadang-kadang kena marah dgn nurse. or rasa isolated or even ignored by the doctors or kawan2 yg juga mengalami tekanan jiwa yang sama. tension tension tension bila diajukan soalan tapi belum pandai nak jawab secara betul. berusaha berusaha berusaha. tidur buku makan buku mandi tak boleh la buku nnt basah. lectures, tutorial, wards, back and forth.
mungkin people tak faham kenapa kami selalu tertekan. dah cakap banyak kali pun kadang-kadang tak faham so kami pun jadi malas nak explain.
kami tak berani nak cakap, buat medicine ni adalah hebat sebab kami jauh daripada itu. tapi, keadaan hidup dalam bidang ini bersama kehidupan yang jauh daripada tanah air dan keluarga tercinta kadang-kadang terlalu menyesakkan.
memang mudah nak cakap, 'apabila diuji, bertenanglah.. dan bersyukur.' mudah sangat nak cakap. especially bila orang yang bercakap tu dalam keadaan bahagia. dikelilingi kemudahan dan insan-insan tersayang. mungkin juga masalah tetap ada, tapi jika dinisbahkan dengan kurnia yang ada, tidaklah seberapa. atau bolehlah juga berkata, jauh daripada mak ayah dan kampung halaman tapi kalau abang, kakak berada dekat or even suami ada di sisi, pastilah tak aci, bukan? eh, bukan tak aci, tapi not comparable. tapi bagi kami di sini yang single-mingle dan gelandangan, at some point kadang-kadang sangat mudah untuk hilang kawalan dan bertindak secara tidak rasional selepas berminggu-minggu dihimpit asakan-asakan yang menyempitkan dada dan kepala. mungkin kelemahan diri seorang manusia yang tak pernah lekang dari ketidaksempurnaan. bukanlah menjadi manusia itu kami jadikan alasan untuk berbuat khilaf, tetapi kadang-kadang kami perlu diberi that benefit of the doubt, and we need people to cut loose on us setelah segala perkara lain begitu menyesakkan jiwa dan fikiran.
sensitif juga bercakap tentang perkara ni. sebab kalau salah pusing nanti kami dikata sebagai insan tak bersyukur. padahal jika anda berada di tempat kami, mungkin anda bakalan lebih mengerti.
i think our last 2 weeks of doing paeds, semua orang dah keluar ragam macam2. and bukan sikit kawan2 yang dah owned up that they all pun mengamuk hari-hari macam pms sepanjang hari-hari tersebut. jadi, bukanlah di luar tabii jika kami pun mengalami perkara yang sama, bukan?
and me personally, macam biasa i am a bit delayed. reaction to this depressing weeks pun baru timbul semalam, selepas 6 hari post-trauma. predisposing factors is doing medicine itself. precipitating factor includes chronic (6weeks) of mental and physical trauma in the hospital, and the acute presentation was triggered by life event yg sangat simple - i overslept when i was supposed to be up early. mudah kan? tapi natijahnya, massive.
i think i am still in post-depressive state. sangat numb. and malas nak fikir pape. malas juga berusaha. dan tiada keinginan lagi untuk terus membeli sebuah cita-cita yang tidak diketahui asasnya.
haih,.. earlier this summer i promised i wont be going private anymore on this blog. tapi tiba2 keluar pulak entry macam ni. may be sebab current state kami ialah penat jiwa. sangat penat teramat. jadi, please jangan judge kami hari ini. kerana jiwa ini memerlukan sedikit ruang dan ketenangan.

