CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 17, 2010

kadang-kadang..

bie cakap,
'itu bukan pertentangan, tapi hanya perbezaan situasi.'

sometimes, we just lost the right thing to say.

kadang-kadang kita penat. kadang-kadang kita banyak fikiran. kadang-kadang kita sangat tertekan dengan hidup. kadang-kadang kita sesak nafas sebab final exam lagi 5 minggu tapi satu topik pun belum habis revise. kadang-kadang kita berpinar mata apabila orang bercakap besar tentang keseronokan hidup sedangkan kita terperuk dengan bertan-tan buku dan berfail-fail nota beserta hidup sosial yang dikekang oleh unbelievably long hospital hours dan bakinya yang hanya semata dijadikan study hours. dan tentu saja kadang-kadang kita rasa hampir hilang pertimbangan apabila diprovokasi dalam keadaan demikian.

so, just beralahlah. give the benefit of the doubt.

kerana kita hanya manusia yang tak sempurna. sebanyak mana pun janji untuk melakukan yang terbaik, sekuat mana pun usaha yang menyusulinya, pasti cacat-celanya tetap ada.

berlapang dada. ikhlas.

what's life about if not making other's life less difficult?

[sebab hari ini sangat penat so malas nak pasang positif gestures dan senyuman manis yang sudah tentu adalah fake di saat-saat kecederaan seperti ini]